Penyalahgunaan Dadah Menjejaskan Kehidupan Masyarakat

TAWAU – Penyalahgunaan dadah terus menjadi ancaman serius kepada kesejahteraan masyarakat, lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja dan belia. Ancaman ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan individu, malah turut merosakkan struktur sosial dan masa depan negara.

penyalahgunaan
Datuk Andi menerima cenderahati daripada pihak penganjur. Foto – Salam Undong

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menegaskan bahawa usaha membanteras penyalahgunaan dadah memerlukan kerjasama semua pihak – bukan sekadar agensi penguatkuasa, tetapi juga komuniti setempat, NGO, dan pemimpin akar umbi.

“Dadah adalah musuh nombor satu negara. Kita tidak boleh berpeluk tubuh. Setiap lapisan masyarakat mesti memainkan peranan – dari ibu bapa, guru, ketua komuniti, hingga ke pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” ujar beliau.

YB Datuk Andi berkata demikian ketika merasmikan Program Menyantuni Kasih Sayang Ibu Bapa anjuran Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Majlis Perbandaran Tawau. Program tersebut berlangsung di Dewan OT Jantan, Taman Ria, Sabtu lalu.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Program ini diselitkan dengan ceramah kesedaran daripada pegawai AADK Cawangan Tawau, Pegawai Anti Narkotik IPD Tawau, serta pegawai dari Penjara Tawau. Mereka berkongsi maklumat tentang realiti pahit penyalahgunaan dadah dan kesannya terhadap institusi keluarga serta komuniti.

Menurut beliau, pendekatan mendekati masyarakat melalui program seumpama ini penting bagi memastikan mesej kesedaran sampai kepada golongan sasaran.

“Program ini bukan sekadar acara simbolik. Ia satu usaha mendidik masyarakat supaya tidak leka dan sedar bahawa bahaya dadah ini sangat dekat – malah boleh berlaku di kawasan sendiri.”

Tambahnya lagi, pemimpin komuniti di peringkat kampung perlu bertindak aktif memberi peringatan berkala kepada penduduk, terutamanya kepada ibu bapa, agar mereka lebih cakna dengan pergerakan dan pergaulan anak-anak.

penyalahgunaan
Datuk Andi ketika ditemui media. Foto – Salam Undong

“Remaja kita adalah aset negara. Jika tidak dibimbing dengan betul, mereka boleh menjadi mangsa kepada dadah. Maka penting bagi kita semua untuk berganding bahu memastikan komuniti kita bebas dari gejala ini,” tegas beliau.

Beliau turut menyeru agar lebih banyak program kesedaran seumpama ini diteruskan secara berkala dengan penglibatan pelbagai agensi dan komuniti. Program ini dilakukan demi melahirkan masyarakat yang sihat, selamat dan bebas daripada dadah.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *