Seorang sahabat Nabi, Jabir Bin Samurah berkata, Nabi Muhammad saw merupakan seorang yang bermulut lebar. Dikatakan orang-orang arab yang memiliki mulut lebar ini dilihat sesuai dengan bentuk rupa mereka. Bukan itu saja, bangsa arab yang memiliki mulut lebar ini akan dipuji kerana kebanyakan daripada mereka fasih dan petah dalam berkata-kata. Berbanding orang arab yang memiliki mulut tipis ini pula akan dikeji sebaliknya.
Empat Golongan Yang Memonopoli Bangsa Arab Pada Zaman Nabi Muhammad SAW
Sejarah Hari Jumaat
Pada mulanya, masyarakat arab menyebut hari Ahad ialah Yaumul Ahad (Ahad) Yaumul Itsnaini (Isnin), yaumuts Tsulasa’ (Selasa) yaumul Arbi’aa (Rabu), yaumul Khamsa (Khamis), yaumul Arubah (Jumaat). Dalam kalendar hijrah, hari Ahad merupakan hari yang pertama manakala dalam kalendar Masihi pula hari isnin dikira sebagai hari yang pertama.
Sebelum kedatangan Islam, hari keenam tidak disebut sebagai Yaumul Jum’ati (Jumaat) tetapi disebut sebagai Yaumul Arubah. Ini kerana, empat golongan orang-orang arab pada ketika itu akan keluar pada hari pertama daripada kampung mereka. Ada yang pergi ke gunung-gunung dan celah-celah hutan untuk mencari inspirasi. Golongan Tajir akan melariskan perniagaan mereka. Golongan Penyair pula akan pergi ke hutan dan lembah-lembah untuk mencari ilham menulis syair-syair mereka dan begitu juga golongan yang terlibat dalam dunia ilmu hitam, mereka akan menunjukkan ilmu sihir mereka yang paling hebat yang dianggap paling mematikan yang baru dipelajari.
Pada hari keenam, mereka yang keluar dari kampung akan kembali semula ke kampung mereka. Dan pada waktu ini lah hari Jumaat dipanggil sebagai Yaumul Arubah. Yaumul Arubah adalah hari untuk berbangga-bangga dan menonjolkan kehebatan diri dalam kalangan orang-orang arab sebelum kedatangan Islam. Golongan peniaga akan berkumpul di pasar-pasar dan jualan siapa yang paling laris di antara mereka akan dianggap orang yang paling hebat dalam kalangan mereka. Manakala golongan penyair pula akan berentap sesama mereka. Siapa yang paling terbaik dan hebat syairnya akan digantung di dinding-dinding kaabah untuk dipaparkan kepada orang-orang arab.