Betul Bah Boleh Bayar Saman JPJ Melalui MySIKAP?


Adakah yang kena saman JPJ di Tawau ni? Nah, kalau tiada masa untuk berjalan pergi UTC atau JPJ untuk bayar sama, mungkin boleh cuba cara ni. 

Berikut adalah cara untuk login, buat semakan dan seterusnya buat pembayaran saman JPJ. Sila daftar mySIKAP sekiranya anda masih lagi belum ada ID Pengguna dan Kata Laluan.



  1. Layari portal public.jpj.gov.my.
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Masukkan Kod Sekuriti seperti yang terpapar
  5. Tekan Log Masuk.
  6. Jika tidak ada apa-apa kesulitan, anda akan dapat masuk ke dalam sistem mySIKAP
  7. Akan ada beberapa pilihan di sini:
    • Utama
    • Lesen Memandu
    • Kesalahan & Penalti
    • Kejuruteraan Automotif
    • Resit / Perkhidmatan Lain

  8. Tekan Kesalahan & Penalti
  9. Di bahagian Butiran Saya, sila semak maklumat berikut:
    • No Pengenalan
    • Nama
    • Kategori
  10. Teruskan ke bahagian PEMBAYARAN SAMAN
  11. Di bahagian Carian Saman Untuk, pilih No Pengenalan
  12. Pilih No Pengenalan Saya untuk bayar saman yang dikenakan ke atas diri sendiri
  13. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sendiri
  14. Tekan butang Cari
  15. Jika anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di sini
  16. Lihat bahagian BUTIR-BUTIR SAMAN
  17. Maklumat semakan yang terpapar adalah seperti berikut:
    • No Saman
    • No Pendaftaran Kenderaan
    • Status
    • Keterangan
    • Amaun (RM)

  18. Jika ada diskaun, amaun yang terpapar adalah yang sudah diberikan diskaun
  19. Pilih saman yang anda ingin bayar
  20. Seterusnya, jika ingin meneruskan untuk membuat pembayaran, klik pautan Bayar Saman di bahagian bawah sekali
  21. Di bahagian KETERANGAN TRANSAKSI, sila double-check saman yang ingin dibayar
  22. Di bahagian PILIH KAEDAH PEMBAYARAN, ada dua pilihan:
    • Kad Kredit (VISA, MASTERCARD)
    • Perbankan Internet (Contohnya Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain)
  23. Di bahagian BAYAR, tekan butang Bayar
  24. Untuk melancarkan urusan, pastikan anda matikan popup
  25. Seterusnya, ikut sahaja arahan seperti yang tertera di skrin
  26. Teruskan transaksi sehingga selesai pembayaran saman JPJ
  27. Selesai
Sumber : The Rohani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *