Nasib Gelandangan Sabah Di Perantauan

 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan diseluruh negara menghambat kebanyakkan kehidupan masyarakat. Masalah kekurangan makanan, kehilangan pekerjaan meningkat saban hari sejak berlangsungnya PKP. 

Keadaan ini dialami oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Beberapa hari yang lepas, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan warga Sabah yang terpaksa menempatkan diri ditepi laut disebuah kawasan untuk meneruskan kelangsungan hidup dek kerana hilang sumber pendapatan. 

Sekumpulan warga Sabah ini dikatakan telah bekerja di kawasan Johor, namun setelah PKP, mereka hilang sumber pendapatan dan terpaksa mencari tempat tinggal. Tepi pantai menjadi lokasi penempatan sementara mereka.

Seorang individu yang juga seorang warga Sabah telah berkunjung ke lokasi penempatan mereka bagi melihat sendiri keadaan warga Sabah yang tinggal disitu. Perkhabaran mengenai terdapat segolongan warga Sabah tersebut didapati daripada pemberitahuan warga netizen. 

Menurut individu tersebut, dia akan menyalurkan bantuan makanan dan minuman kepada mereka yang berada disitu. Selain itu, beliau juga memperkatakan bahawasanya akan membantu warga Sabah tersebut untuk mendapatkan pekerjaan setelah kelonggaran diberikan oleh pihak berkuasa. Diharapkan mereka akan mendapat bantuan yang sepatutnya. 

Video Penuh : 

Inilah realiti yang dihadapi oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia. Mujur warga netizen sentiasa peka dan prihatin terhadap masyarakat yang memerlukan. Satu gerakan bendera putih telah diadakan sebelum ini bagi membantu mereka yang memerlukan. Sekiranya anda merupakan seorang masyarakat yang ingin membantu, kunjungi kumpulan Facebook Solidariti Bendera Putih pada pautan berikut : FB Group Solidariti Bendera Putih

Kepada semua masyarakat di Tawau dan semua rakyat Malaysia, diharapkan kita sentiasa peka akan nasib masyarakat sekeliling kita. Hulur dan bantulah mengikut kemampuan yang kita miliki. Semoga segala wabak yang melanda akan segera berakhir. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *