TAWAU – Kemeriahan Karnival Krismas yang berlangsung di Tawau menyaksikan sambutan meriah daripada pelbagai bangsa dan kaum. Majlis penutupan ini dihadiri oleh pelbagai pihak termasuk YB Hamild yang merupakan ADUN Balung bagi merasmikan acara tersebut.
Dalam temuramah bersama YB Hamild sebagai perasmi majlis penutupan, beliau menyuarakan kebanggaan dan penghargaan terhadap perpaduan yang sangat tinggi di kalangan masyarakat Tawau. Beliau menekankan bahawa kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya terhadap program-program kemasyarakatan. Terutamanya program sebegini yang mampu menyatukan hati dan membentuk ukhwah di kalangan masyarakat berbilang kaum di Tawau.
Kehadiran pihak Konsulat Indonesia dalam program kali ini telah menaikkan imej acara tersebut. YB Hamild juga menyatakan harapannya agar kerjasama antara pihak konsulat Indonesia dan pihak berkuasa tempatan dapat diteruskan untuk menganjurkan lebih banyak program bersama. Hali ini dapat mempereratkan lagi hubungan antara Indonesia dan Malaysia, khususnya di daerah Tawau.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalui Sukan Futsal
Kehadiran Ibu Heni Hamidah dari Konsulat Indonesia di Tawau turut menyemarakkan lagi program ini. Ibu Heni mengambil kesempatan untuk menyambut baik penganjuran Karnival Krismas sebagai satu platform untuk mempereratkan hubungan silaturahim antara Indonesia dan Malaysia. Ini merupakan langkah positif dalam memperkukuhkan hubungan di peringkat antarabangsa serta melahirkan sinergi yang baik dalam kerjasama dan perkongsian di masa akan datang.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini