Parlimen Tawau Tonjolkan Semangat Kebersamaan dan Keharmonian


TAWAU – Parlimen P190 Tawau telah menganjurkan sebuah Rumah Terbuka dan Pesta Tahun Baharu Cina. Sambutan ini telah dihadiri lebih kurang 5,000 pengunjung. Mereka yang menyertai sambutan ini melibatkan masyarakat pelbagai kawasan seperti Tawau, Kunak, Kalabakan, dan sekitarnya.

Sambutan ini tidak hanya bersifat meriah memeriahkan Tahun Baharu Cina, tetapi juga menjadi satu wadah menghargai nilai keharmonian yang terdapat di Sabah. Meraikan perayaan tanpa mengira kaum, bangsa, dan budaya menunjukkan semangat kebersamaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Sabah.

Dalam satu penghargaan khas, Datuk Lo Su Fui memberikan gelaran “Bapa Perpaduan Sabah” kepada Yang Berhormat, Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Hajiji Hj Noor. Gelaran ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap peranannya dalam memperkasa keharmonian yang ada di Sabah. Meskipun hidup berbilang bangsa, keharmonian di Sabah terus terjaga dengan baik.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau, sering diberi peringatan oleh YB Berhormat Ketua Menteri Sabah tentang pentingnya keharmonian. Beliau menekankan bahawa tanpa keharmonian di antara sesama kaum, kemajuan di Sabah akan sukar dicapai. Program anjuran Parlimen Tawau ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat. Antarnya ialah ADUN Apas, YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, dan ADUN Balung, Yang Berhormat Hamild Awang.

Turut hadir dalam program ini pemimpin tempatan terkemuka seperti ADUN Tg Batu, YB Datuk Andy Suryady Hj Bandy, ADUN Kukusan, YB Rina Jainal dan ADUN Sri Tanjong, YB Justin Wong. Sambutan yang meriah ini menjadi contoh bagaimana kepelbagaian di Sabah menjadi kekuatan, dan keharmonian menjadi kunci kepada kemajuan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *