Bertemu lagi kita dalam penulisan artikel kali ini. Semua sudah baca tentang artikel Sekolah Melayu Pertama di Tawau sebelum ini? Kalau sudah baca, bolehlah share dengan warga Tawau yang lain ya.
Angkara Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan
Kesan Persempadanan
Akibat daripada persempadanan yang berlaku, ianya memberi kesan kepada masyarakat di Pulau Sebatik itu sendiri. Penulis akan kongsikan kesan daripada persempadanan ini daripada beberapa aspek kehidupan.
a. Sosial
Antara kesan sosial yang dapat dilihat hasil daripada persempadanan yang berlaku ialah penduduk terpaksa berpisah dan mempunyai kewarganegaraan yang berbeza. Masyarakat yang sebelum ini hidup dengan aman dan sentosa kini dipisahkan dengan persempadanan antara dua negara.
Turut dikongsikan didalam artikel kali ini berkenaan dengan populasi penduduk di Pulau Sebatik. Bagi penduduk Sebatik Indonesia dianggarkan mempunyai sekitar 80,000 orang penduduk malah penduduk Sebatik Malaysia pula yang dianggarkan sekitar 20,000 orang penduduk.
b. Ekonomi
Berbicara soal ekonomi, penduduk dikawasan ini sememangnya bergantung dengan bandar yang berhampiran dengan pulau ini iaitu Pekan Tawau ataupun kini dikenali sebagai Bandar Tawau. Penduduk daripada Sebatik Indonesia turut mendapatkan bekalan daripada bandar ini dek kerana beberapa faktor antaranya faktor perbezaan harga barangan yang ketara diantara Sebatik Indonesia dan Sebatik Malaysia.
c. Politik
Mendepani masalah ideologi yang berbeza disebabkan persempadanan dua negara pastinya bukan satu permasalahan yang mudah untuk ditangani, bukan dipihak pemerintah tetapi dikalangan masyarakat. Walaupun hidup serumpun didalam sebuah pulau, namun pembawaan perbezaan ideologi memisahkan masyarakat yang berada disini.
Sebarang pertelingkahan yang berlaku diantara dua negara serumpun ini pastinya mendatangkan kemudaratan bagi mereka yang berada disini. Antara kesan yang ketara adalah tempat ini pernah menjadi medan pertempuran bagi kedua-dua negara pada tahun 1963 ketika peristiwa “Ganyang Malaysia”.
d. Infrastruktur
Bagi kemudahan kesihatan disini, dibangunkan sebuah klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Sungai Tamang. Namun, klinik ini hanya mampu memberikan rawatan bagi kes-kes ringan sahaja manakala bagi kes-kes yang berat, pesakit akan dihantar ke Hospital Tawau dan terpaksa mengharungi perjalanan lebih kurang 1 jam bergantung kepada pasang surut air.
Demikianlah, kisah Pulau Sebatik yang dapat dicoretkan di Tawaukini pada kali ini. Pulau Sebatik merupakan pulau yang perlu dibangunkan segera untuk keselesaan masyarakat disana dan seterusnya menjadikan pulau ini lokasi yang dapat dikunjungi oleh para pelancong yang datang ke Tawau seperti Semporna. Terima kasih dengan semua penulis artikel sebelum-sebelum ini berkenaan dengan Pulau Sebatik. Boleh rujuk link pada sumber untuk membaca penulisan yang dihasilkan oleh mereka.
8. http://jknsabah.moh.gov.my/V8/index.php/en/orang-awam/direktori/senarai-klinik-kesihatan
9. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Wallace_Bay
10. https://www.researchgate.net/figure/Map-of-Sebatik-Island-Source_fig1_328484992
11. http://smjkwb.blogspot.com/2012/12/pengenalan-sejarah-smk-jepun-wallace-bay.html