Keunikan Kelahiran pada 29 Februari: Sebuah Kegembiraan Buat Nurisa

29 februari


Keunikan kelahiran pada 29 Februari bukanlah satu kebiasaan. Tarikh ini hanya muncul setiap empat tahun sekali, membuatnya menjadi sesuatu yang istimewa dan ditunggu-tunggu. Bagi individu yang lahir pada tarikh ini, kemeriahan ulang tahun menjadi lebih istimewa dan pasti disambut dengan kegembiraan yang luar biasa.

Pada tahun ini, kami telah berpeluang berhubung dengan salah seorang pengikut setia kami di platform ini, Nurisa Binti Dalawan, yang lahir pada 29 Februari 1992. Nurisa berkongsi bahawa memiliki tarikh lahir yang hanya muncul sekali dalam empat tahun ini membawa kegembiraan yang tersendiri. Dia merasakan keunikan dan keistimewaan yang tidak dapat dirasakan oleh individu yang lahir pada tarikh biasa.

29 feb
Nurisa Dalawan, 32 Tahun, Tawau

Menurut Nurisa, kegembiraan ini seringkali diiringi dengan kesyukuran. Hanya dapat merayakan ulang tahun sekali dalam empat tahun memberikan satu rasa kesyukuran dan penghargaan yang mendalam. Meskipun mengakui bahawa ada cabaran dan tanya-jawab semasa zaman persekolahan, Nurisa menekankan bahawa sambutan ulang tahunnya tidak pernah dilupakan.

Nurisa turut berkongsi pengalaman di mana ada orang yang bersimpati dengannya, terutama di zaman sekolah ketika tarikh lahirnya tidak muncul setiap tahun. Namun, yang menariknya, sambutan ulang tahun yang jarang-jarang itu sentiasa menjadi satu kenangan yang manis dan pasti diingati.

29 feb
Dokumen diri Nurisa yang menunjukkan tarikh kelahiran beliau

Dalam keterangannya, Nurisa mendedahkan bahwa di waktu kecil, dia seringkali bertanya-tanya mengapa ulang tahunnya tidak diraikan setiap tahun seperti kebanyakan orang lain. Namun, dengan meningkatnya usia, dia sendiri memahami keunikan dan keistimewaan dalam kelahirannya.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Ucapan selamat dan harapan yang baik

29 februari
Hantaran yang dibuat melalui Facebook beliau

Kini, sebagai seorang yang telah berumahtangga, Nurisa menghantar ucapan selamat ulang tahun buat semua individu yang juga menyambut hari lahir pada tarikh yang sama dengannya. Beliau menyampaikan ucapan selamat dan harapan yang baik, meraikan bersama mereka yang berkongsi tarikh ulang tahun yang istimewa ini.

Sebagai penutup, kami ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada semua yang menyambut ulang tahun pada hari ini. Khususnya kepada mereka yang lahir pada 29 Februari. Semoga kegembiraan ini terus menyinari hari-hari anda dalam setiap tahun, walaupun mungkin hanya empat tahun sekali.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *