MARA Terus Melahirkan Usahawan Profesional Melalui ProSPEC di Sabah

MARA
TAWAU – MARA terus berperanan aktif dalam pembangunan usahawan melalui program ProSPEC (Program Pembangunan Usahawan Profesional MARA). Bermula di Semenanjung pada 2018, program ini diperluas ke Sabah pada 2023, melatih golongan profesional dari pelbagai bidang seperti veterinar, pergigian, dan kejuruteraan untuk menjadi usahawan.
MARA

Di Sabah, 29 profesional telah menyertai ProSPEC, dengan 16 daripadanya telah memulakan perniagaan. Salah satu contoh kejayaan ialah U.N.I Klinik milik Dr. Fazliana Edora Abdul Kadir, anak jati Tawau yang berpengalaman lebih 9 tahun. Klinik ini, yang akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Oktober, diharap mampu membantu komuniti Tawau melalui perkhidmatan kesihatan yang mampu milik.

Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, menyatakan bahawa 220 peserta di seluruh Malaysia telah mengikuti ProSPEC.  13 usahawan lain dijangka memulakan perniagaan mereka pada hujung tahun ini. Inisiatif besar MARA ini bukan sahaja membantu golongan profesional bumiputera menjadi usahawan tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan setempat.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

MARA akan terus memperkasakan program ini dengan ekosistem perniagaan yang lengkap, merangkumi latihan, pinjaman perniagaan, dan fasiliti sokongan. Hal ini untuk memastikan anak bangsa terus maju dari peringkat pendidikan sehingga menjadi usahawan berjaya.

MARA

Dalam masa yang sama, Dato’ Zulfikri juga berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke premis perniagaan salah seorang usahawan MARA dalam bidang Spa Kecantikan yang diberi nama AORA SPA. 3 cawangan telah beroperasi di Tawau, Kota Kinabalu dan Papar.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *